Latar Belakang


Sekolah kebangsaan Rantau Panjang


Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang atau nama panggilannya SK Rantau Panjang,merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Rantau Panjang,Selama,Perak.

SK Rantau Panjang terletak kira-kira 6.0KM daripada pekan Selama,Perak.Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan pondok polis Rantau Panjang dan klinik desa.SK Rantau Panjang hanya mempunyai satu sesi pembelajaran iaitu pagi sahaja dan tidak mempunyai asrama.



Sejarah


SK Rantau Panjang telah dibina pada tahun 1937 di atas tanah seluas 2 ekar setengah.Anggaran murid sekitar 80 orang mulai belajar di Sekolah ini.Ditadbir oleh guru besar pertama iaitu cikgu hasan dan dibantu oleh seorang penolong iaitu Pak Khairi.Disebabkan berlaku pertambahan murid,pada tahun 1954,sebuah sekolah kekal (20' x 160') dan dua buah rumah guru telah dibangunkan oleh kerajaan.

Bilangan murid yang asalnya anggaran seramai 80 orang ,pada tahun 1938 telah bertambah dari masa ke semasa hingga menjadi 301 murid pada tahun 1971.Terdiri daripada 162 orang lelaki dan 139 perempuan.Manakala guru pula yang pada asalnya 2 orang telah bertambah menjadi 13 orang murid.



Kemudahan


Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang mempunyai kemudahan asas seperti semua Sekolah yang lain iaitu mempuyai sebuah kantin,pos pengawal keselamatan,pencawang elektrik dan sebuah padang bola.Terdapat 6 bilik darjah,1 kelas pemulihan,1 Pra Sekolah,1 kelas PPKI,1 makmal sains,2 makmal komputer,bilik kemahiran hidup,surau,pejabat pentadbiran,bilik guru,bilik muzik,perpustakaan,kemudahan tandas,setor barang/sukan/buku.Sekolah ini juga mempunyai kemudahan WI-FI percuma di persekitaran sekolah untuk kegunaan semua guru,staff dan pelajar.



  


No comments:

Post a Comment